mcmc
Sejarah

Sejarah NADI Kampung Melayu

KAMPUNG MELAYU

Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Melayu Fasa Telephony telah mula operasi pada 27 April 2024 setelah berpindah dari Kampung Nakong.

Sejarah awal Kampung Melayu berasal daripada penemuan sebatang Sungai Melayu yang terletak di tengah-tengah kampung.Hingga sekarang sungai tersebut masih lagi wujud di dalam kampung melayu.Dahulunya, Kampung Melayu tidak mempunyai nama kerana kawasan tersebut merupakan sebuah kawasan hutan kecil yang dipenuhi dengan khazanah alam sumber ekonomi bagi para penduduk.Pada suatu hari terdapat seorang lelaki tua yang pergi mencari kayu api. Ketika pergi mencari kayu api, dia telah menemui sebuah sungai yang jernih airnya. Oleh hal yang demikian, dia telah meminum air tersbut kerana terlalu haus. Dengan peristiwa tersebut, lelaki itu telah menamakan kampung tersebut sebagai Kampung Melayu bersempena dengan penemuan dan nama sungai tersebut iaitu Sungai Melayu. Hal ini demikan kerana sungai tersebut telah menyelamatkan nyawanya yang hampir mati kehausan. Namun pada tahun1970-an sungai tersebut telah menjadi keruh apabila berlakunya hakisan tanah akibat musim tengkujuh.

Melalui hasil temu bual yang telah dilakukan bersama Encik Sabu Bin Keria, bekas penghulu kampung melayu, beliau mengatakan bahawa asal usul Kampung Melayu adalah dengan penemuan sebuah songkok/topi melayu yang hanyut di Sungai Melayu. Oleh hal demikian, penduduk kampung yang telah menemui sogkok tersebut telah menggelarkan nama kawasan mereka dengan nama Kampung Melayu.

Sebelum kewujudan Kampung Melayu, penduduk kampung tinggal di seberang sungai iaitu berhadapan dengan kawasan Kampung Melayu yang dahulunya ialah hutan. Mereka pergi ke Kampung Melayu dengan mendayung sampan merentasi Batang Sabang. Hal ini demikian kerana Kampung Melayu mempunyai tanah yang subur untuk melakukan aktiviti bercucuk tanam, berkebun dan menanam getah. Meraka menggunakan sampan untuk berhijrah ke kawasan tersebut yang mana sungainya adalah jalan pengangkutan utama pada masa dahulu. Dengan adanya kawasan tanah pamah tersebut. mereka dapat membina kawasan rumah bagi tempat kediaman mereka.

Kampung melayu mempunyai kawasan yang sangat luas sehingga ketua Kampung Bangka Semong telah meminta sebahagian daripada tanah Kampung Melayu untuk dijadikan kwasan tempat tinggal mereka. Hal ini demikian kawasan Kampung Bangka Semong telah kekeringan air sehingga menyukarkan mereka menjalankan kehidupan harian mereka. Melalui temua bual bersama wakil penduduk kampung yang hidup di ketika itu iaitu Haji Paee Bin Japarali, beliau mengatakan bahawa penduduk kampung juga berpindah ke kawasan Kampung Melayu kerana berlakunya ancaman daripada haiwan reptilia ketika itu. Hal ini demikan salah seorang penduduk kampung tersebut telah dibaham oleh haiwan reptilia iaitu buaya. Enam buktinya, Penemuan jam mangsa yang telah diperoleh dari dalam perut buaya yang telah dibedah oleh penduduk kampung dapat di temukan dan dilihat sehingga kini di Muzium Sarawak