Tarikh : 5 Ogos 2024 Masa : 2.00 petang- 4.00 petang Lokasi : NADI Kampung Melayu Peserta : Ahli NADI |
Tujuan:
Dapat memupuk semangat kerjasama dalam diri peserta dalam menyelesaikan tugasan yang diberikan.
Aktiviti:
Penerangan berkenaan aktiviti yang akan dijalankan iaitu Lukisan Buta & Radio Rosak. Peserta seterusnya diminta untuk beratur mengikut arahan petugas. Pada permulaan aktiviti bermula dengan Lukisan Buta dijalankan bersama peserta dengan melukis diatas kertas, dibelakang peserta secara bergilir-gilir.Peserta terakhir diminta untuk meneka lukisan yang telah dilukis oleh rakannya. Aktiviti diteruskan dengan Radio Rosak, petugas memberikan ayat yang perlu dibisikkan oleh peserta kepada rakan-rakan mereka secara bergilir-gilir.Peserta terakhir menyebutkan semula ayat yang telah dibisikkan.