mcmc
Keusahawanan

Keusahawanan

Pusat Sebaran Maklumat Nasional Kampung Melayu berada diantara Daerah Samarahan atau Daerah Serian. Kampung Melayu mempunyai beberapa buah keusahawanan yang dimiliki oleh penduduk tempatan. Penduduk Kampung Melayu menceburi pelbagai bidang keusahawanan akan tetapi yang paling banyak diceburi oleh penduduk Kampung Melayu ialah bidang pertanian,perternakan atau bekerja sendiri.

Di samping itu juga penduduk kampung melayu  turut mempunyai usahawan dalam bidang jahitan. Dengan adanya usahawan yang menjalankan kegiatan menjahit hal ini akan memudahkan penduduk kampung membuat tempahan baju, terutama pada hari raya. Kadar bayaran untk setiap tempahan jauh lebih murah berbanding dengan pasaran yang ada luar. Oleh itu penduduk haruslah memberi galakan yang tinggi agar usahawan tersebut akan terus berjaya dan sentiasa berdaya saing dengan pasaran yang ada luar.