Pusat Internet Kg Nakong terletak di kawasan yang sentiasa dilalui oleh komuniti untuk pergi dan balik ke kampung masing-masing.Terdapat banyak kampung yang berdekatan dengan Pusat Internet Kg Nakong antaranya ialah Kampung Melayu, Kampung Bangka Semong, Kampung Senyawan, Kampung Lubuk Ria, Kampung Mang dan Kampung Menaul.
Setakat bulan Januari 2019 jumlah Ahli yang telah berdaftar dengan Pusat Internet Kg Nakong dengan bayaran yang dikenakan sebanyak RM5.00 untuk seumur hidup ialah sebanyak 600 orang ahli. Semua ahli terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat sekitar umur 4 tahun hingga umur 62 tahun dan dan bukan hanya terdiri penduduk Kg Nakong sahaja malah penduduk dari kampung-kampung yang berdekatan juga turut menjadi ahli.